Pages

Monday, January 2, 2012

Kiri Dunia

ISNIN, 2 Januari 2012
Oleh:   ZULKIFLI  SALLEH


Socialist Register 2012  dengan  tema "The Crisis and the Left"  menegaskan bahawa krisis ekonomi global yang menutup dekad pertama abad ke-21 menunjukkan bahawa percanggahan kapitalisme tidak dapati diatasi.  Cabaran terhadap analisis sosiali adalah untuk mendedahkan kedua-dua ciri percanggahan ini dalam era neoliberal kewangan yang diglobalisasikan, dan kesan percanggahan ini pada zaman kita.  Krisis perlu difahami sebagai titik tolak yang membuka peluang.  Bagaimana menggunakan peluang ini merupakan cabaran berat  terhadap golongan sosialis oleh krisis ekonomi yang paling teruk sejak tahun 1930-an.  

Sementara Monthly Review dalam editorial sulungnya tahun 2012 memilih gerakan Menduduki sebagai topik perbincangan dengan menegaskan bahawa yang akan terjadi seterusnya tidak mudah diramalkan.  Walau bagaimanapun, menoleh ke belakang, memang jelas bahawa seperti akhir tahun 2011, kita begitu hampir untuk memulakan pemberontakan global yang agung terhadap plutokrasi, iaitu golongan "satu peratus" berbanding dengan matlama gerakan ini. 

Sejak tercetusnya   Musim Bunga Arab dan membawa kepada gerakan Menduduki, atau seperti yang sering dinyatakan dari Dataran Tahrir ke Wall Street, boleh dikatakan para penganalisis dan cerdik pandai sering muncul dalam media, seperti Monthly Review, MRZine, New Left Review, Socialist Review, Counter Punch, The Nation, dan tidak  ketinggalan melalui laman web untuk membahaskan dan mengupas suatu kebangkitan yang sangat besar pada tahun 2011. Bahkan, mereka muncul lebih awal lagi, iaitu sejak krisis ekonomi tahun 2008 - tidak berdiam diri sama sekali.

Walau bagaimanapun, berikutan serangan Amerika Syarikat bersama-sama sekutunya, iaitu Britain dan Perancis (juga Nato) ke atas Libya, menyebabkan puak kiri-liberal kelihatan ganjil kerana pendirian mereka yang tidak konsisten dengan pendirian mereka berhubung dengan pencerobohan ke atas Iraq. Bahkan, Juan Cole pengkritik utama Perang Iraq, yang masih mengatakannya tidak sah, mengambil pendirian yang berbeza, seperti yang dapat dilihat melalui surat terbuka beliau kepada golongan kiri tentang Libya

Sesungguhnya, seperti yang dibahaskan oleh Immanuel Wallerstein dalam komentar pertamanya tahun 2012, menurut mana-mana takrif, tahun 2011,  ialah tahun baik untuk kiri dunia.   Alasan asas ialah keadaan ekonomi yang negatif yang kebanyakan dunia hadapi dengan teruk.    Pengangguran tinggi dan menjadi semakin tinggi.  Kebanyakan kerajaan memikul beban yang berat dan kurangnya pendapatan.   Akibatnya, jelas Wallerstein, ialah pemberontakan di seluruh dunia apa yang gerakan Menduduki Wall Street sebut "golongan 99 peratus."  Pemberontakan itu merupakan penentangan terhadap polarisasi berlebihan kekayaan, kerajaan yang korup, dan hakikatnya, sifat tidak demokratik kerajaan ini, sama ada mereka mempunyai sistem pelbagai parti ataupun tidak.

Namun, beliau menjelaskan bahawa bukannya  Menduduki Wall Street, atau indignados mencapai segala-gala yang  mereka harapkan.  Sememangnya, ini ialah bahawa mereka berusaha untuk mengubah wacana dunia, bergerak daripada mantera ideologi neoliberalisme kepada tema, seperti ketidaksamaan, ketidakadilan, kebijajahan. "Untuk kali pertama dalam tempoh yang panjang," bahas Wallerstein, "orang kebanyakan membincangkan betul-betul sifat sistem tempat mereka hidup; mereka tidak lagi memandang remeh."

Dalam komentar itu, Wallerstein membangkitkan persoalan kini untuk puak kiri dunia ialah bagaimana mereka boleh mara dan menterjemahkan kejayaan merewang awal ini menjadi transformasi politik.  Masalah yang mungkin dihadapi agak mudah.  Bahkan, jika dari segi ekonomi, wujud jurang yang jelas dan semakin melebar antara kumpulan yang sangat kecil (satu peratus) dengan kumpulan yang sangat besar (99 peratus), hal ini tidak mengikuti bahawa ini ialah sistem politik.  Di seluruh dunia, kuasa kanan-tengah masih memerintah kira-kira separuh penduduki dunia, atau sekurang-kurangnya mereka yang aktif dari segi politik dengan apa-apa jua pun.  

Justeru, untuk mengubah dunia, jelas beliau, "kiri dunia akan memerlukan darjah perpaduan politik yang belum mereka miliki.  Sesungguhnya, wujud percanggahan yang mendalam tentant kedua-duanya, iaitu objektif jangka panjang dengan taktik jangka pendek."

Walau bagaimanapun, Immanuel Wallerstein mengingatkan bahawa jika kiri dunia tidak menyelesaikan perbezaan antara mereka, beliau tidak yakin bahawa kiri dunia dapat memenangi pertarungan dalam 20 tahun hingga 40 tahun akan datang berhubung dengan apakah jenis sistem pengganti yang kita patut ada kerana sistem kapitalis runtuh muktamad.


No comments:

Post a Comment