Pages

Saturday, January 21, 2012

Apple Memasuki Bilik Darjah

SABTU, 21  Januari 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


E-buku, seperti yang dilaporkan menjadikan syarikat elektrik, Dixons berkedudukan lebih baik daripada yang dijangkakan dalam perniagaan musim Krismas baru-baru ini dan dikatakan kini yakin untuk membayar balik bon yang bernilai 160 juta paun akhir tahun ini. Kewangan syarikat itu dirangsang oleh peningkatan permintaan terhadap komputer tablet dan pembaca e-buku. 

Memang menjadi kelaziman sejak beberapa tahun kebelakangan ini, e-buku banyak membantu meningkatkan keuntungan syarikat yang bergiat dalam bidang ini.  Bahkan, dikatakan bahawa e-buku semakin mengatasi p-buku dari segi permintaan dan keuntungan.  

E-buku terus mencipta kejayaannya dalam dunia penerbitan apabila  dilaporkan dalam era telefon pintar dan tablet, Apple akan berusaha menguasai pasaran pendidikan yang menguntungkan dengan merevolusikan industri buku teks dan mendapatkan lebih banyak iPad dalam bilik darjah, dengan memperkenalkan pelbagai jenis produknya, seperti iBooks 2, iBooks Author. Buku teks Apple ini merupakan perisian pendidikan baru Apple yang interaktif

Di Amerika Syarikat sahaja, pasaran buku teks pada tahun dianggarkan bernilai AS$8.7 bilion yang dilaporkan oleh The Economist, menarik perhatian Amazon, Google, dan firma kecil, seperti Inkling. Untuk merealisasikan rancangannya, Apple akan bekerjasama dengan penerbit yang mempunyai majoriti besar dalam jualan buku teks, termasuk Pearson dan McGraw Hill.  Apple mempertaruhkan bahawa pelajar dan guru akan  bergerak pantas menerima teks digital, yang bukan sahaja lebih murah berbanding dengan versi bercetak, tetapi mempunyai beberapa kelebihan lain juga. 



No comments:

Post a Comment