Pages

Sunday, December 11, 2011

Buku Terbaik Tahun 2011

AHAD,  11 Disember 2011
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Tatkala tahun 2011 akan melabuhkan tirainya tidak berapa lama lagi, beberapa majalah  muncul dengan penerbitan edisi khas masing-masing, misalnya Time dengan "Person of the Year 2011,"   Foreign Policy dengan "Top 100 Global Thinkers," dan Fortune dengan "Investor's Guide 2012."  

Sementara  The Economist, seperti tahun-tahun sebelum ini, menyenaraikan buku terbaik tahun 2011,   berdasarkan politik dan hal ehwal semasa, biografi dan memoir,  ekonomi dan perniagaan, sejarah, sains dan teknologi, budaya, masyarakat dan kembara, fiksyen, dan puisi. 

Dengan penyenaraian ini, membuktikan bahawa  buku bercetak masih mendapat tempat di kalangan pembaca, meskipun jualannya merosot,  disaingi oleh e-buku dan berlaku transformasi dalam industri perbukuan.  Walaupun kini kita menyaksikan kemaraannya, e-buku juga mempunyai masalah yang tersendiri, seperti penentuan harga yang menyebabkan  Kesatuan Eropah menyiasat Apple dan lima penerbit lain baru-baru ini.  


No comments:

Post a Comment