Pages

Friday, November 18, 2011

Menduduki Wall Street: "Hari Bertindak"

JUMAAT,  18  November 2011
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


J


Menduduki Wall Street yang sungguh berani,  genap dua bulan pada hari Khamis semalam,  semakin bertenaga, meskipun sebelum ini, polis New York menyerbu Zuccotti Park, yang diungkapkan oleh Naomi Wolf,  "Orang terdesak  datang." Bahkan, Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg mengumumkan bahawa pihak berkuasa akan menyekat pihak media daripada membuat laporan tentang Menduduki Wall Street.

Namun,   "Hari Bertindak" Menduduki Wall Street, tidak memperlihatkan tanda-tanda bahawa gerakan tersebut akan reda dan berundur.  "Menunjukkan kekuatannya dengan protes secara besar-besaran," tulis Michelle Goldberg dalam The Daily Beast

Daily News yang membuat liputan langsung, melaporkan beratus-ratus orang membanjiri jalan-jalan berhampiran New York Stock Exchange, pagi Khamis semalam ketika loceng pembukaan dibunyikan, menandakan bermulanya urus niaga di bursa tersebut. Sebenarnya, penunjuk perasaan memang bersiap sedia untuk detik yang amat bermakna bagi  gerakan Menduduki. 

Seperti yang dilaporkan oleh The Guardian dan The Huffington Post,   berlaku pergaduhan antara penunjuk perasaan dengan polis; dengan beratus-ratus orang ditahan, menurut The Washington Post,  manakala tunjuk perasaan yang berlaku di beberapa tempat di Amerika Syarikat berlangsung secara aman. 

Sesungguhnya, keazaman dan kecekalan  orang ramai  rela turun ke jalan-jalan untuk melancarkan tunjuk perasaan selama dua bulan, memang menakjubkan.  Meskipun mereka diperlekeh, dipersenda, dan pihak polis kadangkala bertindak keras, mereka tidak mengaku kalah.  Gerakan Menduduki belum berkubur dan mungkin tidak akan berkubur selagi golongan satu peratus dimuakan dan pihak yang mempunyai autoriti bersekongkol dengan mereka. Sedangkan penunjuk perasaan - golongan 99 peratus terpaksa menanggung pelbagai kesangsaraan, pengangguran dan agihan pendapatan yang sangat tidak seimbang.










No comments:

Post a Comment