Pages

Friday, October 7, 2011

Teks Ucapan Belanjawan 2012

JUMAAT, 7 Oktober 2011
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak baru sahaja selesai membentangkan Belanjawan Tahun  2012 di Dewan Rakyat. Ada orang menganggap ini belanjawan pilihan raya akan datang; ada yang menganggap belanjawan populis  mungkin.  Dalam belanjawan itu dinyatakan  pengurangan defisit.  Namun, yang dilupakan bahawa pengurangan defisit memerlukan pengorbanan semua pihak.  Maka, tidak wajar jika dicadangkan kenaikan elaun wakil rakyat.


Saya juga tercari-cari dasar upah minimum dan peningkatan umur persaraan pekerja swasta, tetapi tidak ditemui.  Mungkin saya terlepas pandang.  Kalau perkara itu tidak dinyatakan dalam Belanjawan 2012, sesungguhnya, ini amat mengecewakan.  Ini kerana bukan sahaja menjauhkan jurang antara penjawat awam dengan pekerja swasta dari beberapa segi, tetapi juga seolah-olah menafikan sumbangan pekerja swasta dalam pembangunan ekonomi negara.


Dalam Facebook, sudah kelihatan rungutan mereka seolah-olahnya belanjawan ini untuk penjawat awam, dan bukan mereka sama sekali.  Memang sukar dibayangkan bagaimana Belanjawan 2012 mengabaikan kepentingan pekerja swasta, dan pengabaian ini bukan sahaja tidak elok dari segi ekonomi, tetapi juga dari segi politik. 


Ada juga saya dapati persoalan dari manakah kerajaan memperoleh hasil untuk berbelanja.  Persoalan seperti ini sesungguhnya kelihatan dangkal kerana selain belanjawan yang dibentangkan, disertakan Laporan Ekonomi.  Untuk Belanjawan 2012, elok dirujuk juga  Laporan Ekonomi 2011/2012 yang lazimnya diterbitkan dalam sisipan akhbar esok hari.  
  
Lebih daripada itu, saya ingin melihat adakah Belanjawan 2012 (saya masih menggunakan Belanjawan dan bukannya Bajet yang diperkenalkan oleh Mahathir) mampu menghindari kebekuan dan memacu pertumbuhan. 


Di sini teks ucapan penuh beliau:

http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Teks2012.pdf

No comments:

Post a Comment