Pages

Thursday, October 13, 2011

Pemimpin Jingga yang Tumpas

KHAMIS,  13  Oktober 2011
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Mahkamah Ukraine menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun ke atas bekas Perdana Menteri Yulia Tymoshenko, pemimpin pembangkang yang popular yang pernah dilambangkan harapan Barat untuk Ukraine demokratik.  Dia dijatuhi hukuman penjara kerana  menyalahgunakan kuasa berhubung dengan perjanjian gas dengan Rusia  semasa dia berkhidmat sebagai Perdana Menteri.  Keputusan mahkamah pada hari Selasa itu dikutuk oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah kerana bermotifkan politik. Dengan hukuman itu, tegas The Economist,  berakhirnya aspirasi Ukraine untuk lebih rapat dengan Kesatuan Eropah. Pemenjaraan Yulia selepas "perbicaraan politik" yang turut dikutuk oleh Rusia yang membawa risiko menjadikan Ukraine paria, tulis Miriam Elder dalam The Guardian.  

Ahli politik yang berkarisma itu mengutuk mahkamah, bahkan sebelum hakim selesai bercakap.  Dia dilaporkan membandingkan keputusan mahkamah itu dengan perbicaraan penyingkiran dan pertunjukan terhadap diktator Soviet, Joseph Stalin dan berjanji kepada rakyat Ukraine:  "Saya akan sentiasa bersama-sama anda." 


Para penyokong Yulia, seperti  dilaporkan oleh The Independent, menegaskan bahawa kes tersebut direka-reka oleh Presiden Viktor Yanukovych dan dirancang khas untuk mengetepikan penentangnya yang berkarisma daripada arena politik sebelum pilihan raya parlimen tahun depan.  "Memang dikatakan bahawa Yanukovych," bahas Luke Harding, betul-betul tidak peduli apakah Kesatuan Eropah fikirkan tentang dirinya.  Sememangnya juga mengesahkan apa yang pengkiritk Yanukovych katakan suatu ketika dahulu, bahawa di bawah kepimpinannya, negara itu menjurus ke arah 'demokrasi diurus" gaya Rusia dan pemerintahan autokratik."


Jelas bahawa Yulia dijangkakan  banyak menimbulkan kesusahan terhadap Yanukovych ketika dalam penjara, sebagaimana ketika dia di luar. Reaksi segera terhadap hukuman itu menunjukkan peningkatan mendadak sokongan terhadap Dewi Jingga itu, bahkan dalam kalangan bekas musuhnya. Yanukovych dikatakan melakukan "hara-kiri politik." 




Dengan hukuman tujuh penjara dan denda AS$180 juta itu, Yulia dianggap daripada Iron Lady kepada Joan of Arc, dan  menurut The Washington Post,  menjejaskan prospek negara itu itu demokrasi dan mendepani Amerika Syarikat dan Eropah dengan cabaran yang serius. Sementara Kanada memberikan amaran "pendakwaan sembarangan" terhadap ahli politik pembangkang mungkin mempunyai kesan yang serius terhadap hubungan antara kedua-dua negara itu.


Mengapa pemimpin diktator atau autokratik boleh memerintah sesebuah negara begitu lama adalah kerana dia sentiasa menjaga dan memperhambakan dirinya kepada Amerika Syarikat khususnya dan Barat amnya.  Mengapa seseorang pemimpin yang korup atau menyalahgunakan kuasanya, tetapi  disayangi oleh Barat, antaranya adalah kerana dia memperlihatkan dirinya demokrat" pejuang demokrasi. 




No comments:

Post a Comment