Pages

Tuesday, August 16, 2011

Memburu Emas

SELASA,  16 Ogos  2011
Oleh:   ZULKIFLI   SALLEH


Ketika rundingan siling hutang Amerika Syarikat menempuh kebuntuan, harga emas, seperti yang dilaporkan oleh The Economist pada 27 Julai,  meningkat tinggi pada hari tersebut, iaitu AS$1622 seauns.  Hal ini merupakan satu lagi peristiwa penting dalam larian luar biasa yang bermula lebih satu dekad lalu.   Seperti pada hari Isnin pulangan sebenar secara tahunan 10 tahun emas ialah 16.8 peratus berbanding dengan saham yang berjaya menghasilkan pulang hanya 14.8 peratus pada  tahun 1990-an, ketika pasaran menyaksikan larian lembu jantan.  Kenaikan harga emas dan pulangan yang dihasilkannya biasanya mencetuskan beberapa debat yang menumpukan perhatian, sama ada atau tidak emas dalam keadaan gelembung.  Meskipun mengenal pasti gelembung selalunya mencabar, emas adalah terutamanya rumit kerana tidak menghasilkan aliran tunai, dan dengan itu, tidak mempunyai nilai intrinsik.

Mata wang kertas tidak berapa popular sejak akhir-akhir ini, menyaksikan kenaikan harga emas yang tinggi dari segi rekod, menurut The Economist, berbanding dengan dolar, sterling, euro, dan yen pada 18 Julai lalu.  Harga emas dilaporkan mencecah rekod tinggi, iaitu melebih AS$1800 seauns  pada 11 Ogos, meningkat lebih 25 peratus sejak permulaan tahun ini kerana para pelabur mencari tempat selamat di tengah-tengah krisis hutang di Eropah dan Amerika.  Namun, pada 15 Ogos , harga emas merosot untuk hari ketiga, mencatatkan yang terburuk dalam tujuh minggu kerana kebimbangan bahawa ekonomi global tegun, menggalakkan ekuiti global dan memotong permintaan untuk pelaburan perlindungan.


Blanchard dalam membandingkan pulangan antara  emas dengan pasaran saham berkata, apabila membandingkan opsyen pelaburan, angka sepatutnya bercakap dengan sendirinya.  Elok perhatikan emas.  "Jika anda melabur AS$10,000 dalam bulion emas, pelaburan permulaan anda akan bernilai  AS$38,300 pada 31 Disember 2009, menakjubkan meningkat 283 peratus.  Dengan amaun yang sama dilaburkan dalam saham indeks S&P, anda akan kerugian AS$1400 atau 14 peratus kerugian.


Dalam "Apocalypse 2012"  CNBC,   Peter Suciu berkata, "harga emas meningkat tinggi dari segi rekod, dengan sesetengah orang percaya bahawa harga emas boleh melepasi tanda AS$2000 pada tahun hadapan.  Sebahagiannya kerana sesetengah orang percaya bahawa dunia akan berakhir apabila kalendar Mayan ditetapkan berakhir pada 21 Disember 2012.  Suciu juga memetik Andrew Gause yang menerbitkan surat berita  The World Money yang berkata, "emas merupakan penyimpan nilai yang berguna sejak 6500 tahun.  Ketidakpastian menyebabkan orang ramai melihat nilai stabil, dan emas menyediakan keyakinan itu."


Ketika emas dijual hampir AS$1500 seauns, meningkat daripada AS$258 pada tahun 2001,  Peter Morici menulis tiga bulan lalu bahawa pengembangan ekonomi pada tahun 2000-an dan pemulihan terbaharu merangsang permintaan komersial, tetapi keadaan ini sahaja tidak dapat menjelaskan kenaikan berterusan harga emas.  Beliau mengimbas bahawa pada tahun 1944, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mewujudkan sistem kadar pertukaran mata wang tetap.  Dolar ditetapkan pada emas dan mata wang lain ditetapkan pada dolar.  Namun, tegas beliau, "sistem ini gagal kerana peningkatan kos pengeluaran mendesak harga perindustrian emas mengatasi nilai monetarinya, dan kadar pertukaran tetap dalam kalangan mata wang ternyata tidak dapat bertahan."  Tambah beliau, "jika pelabur swasta terus meragui dolar dan membuat pertaruhan dalam emas, maka bank pusat akan terpaksa menerima emas.  Para pelabur enggan mempercayai mata wang yang disokong oleh dolar, dan bank pusat akan hanya kurang bijak, seperti pelabur swasta untuk mempercayai bon yang dinamai yuan.  Kecuali Amerika Syarikat dapat mengurus ekonominya dengan baik, emas akan menjadi wang lagi sekali, dan mata wang nasioal akan hanya wang jika disokong oleh emas."


Berikutan kenaikan harga emas mencecah rekod tertinggi, didapati 10 buah negara yang sentiasa menyimpan rizab emas, menurut Majlis Emas Dunia:  Amerika Syarikat, Jerman, IMF, Italy, Perancis, China, Switzerland, Rusia, Jepun, dan Belanda.  "Emas ialah mata rizab yang sebenar," tulis Michael Pento dalam The Huffington Post.  Menjangkakan peningkatan besar-besaran dalam penawaran wang euro, para pelabur berduyun-duyun ke arah emas untuk melindungi diri mereka daripada penurunan  nilai mata wang.  Dan keputusan yang dicapai di Washington tentang siling hutang memarakkan lagi api emas.  "Dengan peningkatan nisbah hutang dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Jepun, Eropah Barat, dan Amerika, keinginan untuk memiliki logam berharga akan menjadi-jadi kerana para pelabur sedar bahawa hari sistem wang fiat sampai ke  penghujungnya."


Presiden Bank Dunia, Robert Zoellick, yang menulis dalam Financial Times awal November tahun lalu mencadangkan supaya ekonomi dunia sepatutnya mempertimbangkan untuk menerima pakai semula standard emas global yang diubah suai bagi membimbing pergerakan mata wang.  Beliau mencadangkan pengganti diperlukan, yang beliau sebut Bretton Woods II, iaitu sistem mata wang terapung yang diamalkan sejak Bretton Woods menetapkan rejim pertukaran runtuh pada tahun 1971.  Sistem yang beliau cadangkan itu perlu melibatkan dolar, euro, yen, paun sterling, dan renminbi yang bergerak ke arah pengantarabangsaan dan kemudian akaun modal terbuka.  Tambah beliau, "sistem yang dicadangkan itu sepatutnya juga mempertimbangkan penggunaan emas sebagai titik rujukan antarabangsa tentang jangkaan pasaran tentang inflasi, deflasi, dan nilai mata wang masa hadapan."  Meskipun buku teks mungkin berpandangan emas sebagai wang lama, tegas beliau,  "pasaran menggunakan emas sebagai aset monetari alternatif pada masa sekarang."


Sejak itu, selalu kedengaran kemungkinan kembali   kepada standard emas, meskipun cadangan Robert Zoellick itu banyak diperdebatkan dan mencetuskan kontroversi.  Bagi Ambrose Evans-Pritchard, kembali kepada standard emas sebagai orde dunia terungkai.  Oleh sebab dua tonggak sistem monetari antabangsa diancam akan runtuh serentak, maka emas menuntut semula status purbanya sebagai tunjang kestabilan.  Selangkah demi selangkah, dunia mengesot-esotkan ke arah memulihkan standard emas kerana menjadi jelas bahawa Jepun dan Barat mencapai ketepuan hutang.  

Evans-Pritchard juga memetik Zoellick yang dinyatakan di atas tentang kemungkinan kembali kepada standard emas, dan menambah, parlimen Switzerland mengadakan pembicaraan tentang "franc emas" selari.  Utah mengiktiraf emas sebagai wang sah untuk pembayaran cukai.  Bagi beliau, standard emas berkemungkinan berasaskan kelainan "Bancor" yang pernah dicadangkan oleh John Maynard Keynes pada akhir tahun 1940-an.


Sehari sebelum ulang tahun ke-40 ekonomi moden global, iaitu  meninggalkan standard emas, Edmund Conway menulis bahawa langkah itu merupakan detik yang sangat besar pengaruhnya, dan satu-satunya kita semua kini terpaksa menanggung akibat melepas panji-panji ini.  Memang betul bahawa pada pagi Isnin ini kita akan berjaya untuk kelangsungan selama empat dekad wang fiat, meskipun kacau-bilau dalam pasaran pada minggu baru-baru ini, setiap orang tertanya-tanya berapa lama wang fiat dapat bertahan. "Pada 15 Ogos 1971," tulis Conway, dengan kewangan awam Amerika Syarikat diluruskan oleh kos perang di Vietnam, Presiden Richard Nixon akhirnya memutuskan hubungan antara dolar Amerika Syarikat dengan emas.  Tiba-tiba, untuk kali pertama dalam sejarah, tahap mata wang dunia tidak bergantung pada nilai emas atau beberapa komoditi ketara lain, tetapi bergantung pada jumlah kepercayaan yang pelabur ada dalam mata wang."


Meskipun rejim Bretton Woods sebelum ini yang mata wang di sekeliling dunia juga dipancangkan pada emas tidak semestinya sempurna, krisis kewangan yang kita hadapi, tegas, Conway "biasanya permulaan berakhirnya sistem kewangan yang diwujudkan."  Tambah beliau, "pertimbangkan harga emas yang baru-baru ini mencecah ketinggian baru.  Sejak tahun 1970-an, harga seauns emas meningkat daripada di bawah AS$40 kepada tahap yang menghairankan, iaitu AS$1740.  Harga mencerminkan banyak faktor, termasuk pertumbuhah ekonomi,  tetapi yang paling utama antara faktor itu  ialah keterhakisan kepercayaan kemampuan mata wang fiat untuk mengekalkan nilainya."


Sebagaimana Edmund Conway, Larry Elliott juga mengakui Bretton Woods  tidak sempurna,  namun  sukar untuk tidak membangkitkan nostalgia terhadap sistem yang ditinggalkan oleh Richard Nixon empat dekad lalu. Dengan itu, kadar pertukaran tetap digantikan dengan sistem hibrid yang sesetengah mata wang dipancangkan dan yang lain diapungkan.  Meskipun tidak sempurna, bahas Elliott, "Bretton Woods bertindak sebagai tunjang untuk ekonomi global untuk lebih suku abad, dan membenarkan setiap negara meneruskan dasar guna tenaga penuh.  Itulah tempoh yang tidak mempunyai krisis kewangan sistemik" - seolah-olah membayangkan supaya kepada standard emas kerana sistem yang wujud sekarang nyata membawa kemusnahan.




Berikutan tercetusnya krisis demi krisis, kerinduan terhadap masa lampau tidak dapat dibendungkan lagi: kembali kepada standard emas.  Mungkin standard emas  yang ingin ditujui itu tidak sama dengan yang empat dekad lalu, kerana pastinya ada penambahbaikan atau pemusnahan kreatif.  Jika dunia terus bergayut pada sistem yang diamalkan sekarang, tidak dapat tidak, kemusnahan terus  menimpa, seperti yang dibayangkan oleh Larry Elliott dan penulis lain.  





















No comments:

Post a Comment