Pages

Saturday, July 23, 2011

Berakhirnya Dunia, George Orwell Tetap Dikenang Orang

SABTU,  23  Julai 2011
Oleh:   ZULKIFLI  SALLEH




George Orwell nama yang tidak asing lagi, karyanya, seperti 1984 dan  Animal Farm,  masih dibaca, dirujuk, dan dipetik hingga kini.  Demikian juga dengan "Politics and the English Language" yang diterbitkan dalam majalah Horizon, April 1946, masih menjadi  rujukan bukan sahaja tentang politik, tetapi juga tentang penulisan.

Dengan terbongkarnya skandal penggodaman telefon, nama George Orwell turut disebut, meskipun tidak sekerap atau setanding Rupert dan James Murdoch, Perdana Menteri Britain David Cameron, dan Rebekah Brooks.   Sesetengah  penulis,  merentas Atlantik bagaikan tidak sempurna penulisan mereka tentang skandal yang melibatkan  News of the  World yang ditutup selepas keluaran terakhir 10 Julai lalu, dan  dengan penutupan itu, memetik The Economist, berakhirnya dunia yang kita kenali.

Pada 15 Februari 1946, Orwell pernah menulis "Decline of the English Murder" tentang mengapa orang membaca News of the World.  Biasa, tulis Orwell, tentang pembunuhan.  "Akan tetapi, apakah jenis pembunuhan?  Jika seseorang memeriksa pembunuhan yang memberikan keseronokan yang amat sangat kepada orang awam British, pembunuhan yang cerita adalah diketahui dalam rangka umumnya kepada hampir setiap orang dan yang dijadikan novel dan diolah semula berulang-ulang kali oleh akhbar hari Ahad, maka seseorang mendapati betul-betul keluarga kuat kesamaan yang berlari menerusi bilangan besar mereka.  Tempoh hebat kita dalam pembunuhan, tempoh Elizabethan kita, jadi untuk berkata, kelihatan berlaku antara kira-kira tahun 1850 hingga 1925, dan pembunuh yang reputasi yang menghadapi ujian masa ..."  

Tambah Orwell, "dengan semua ini dalam minda seseorang boleh membina apakah yang terjadi, daripada sudut pandangan para pembaca News of the World,  pembunuh "sangat baik."   Pembunuh sepatutnya lelaki kecil daripada golongan  profesional - katakan doktor pergigian atau peguam cara."

Dari mula-mula lagi, iaitu edisi pertama pada tahun 1843, seperti yang diperhatikan oleh James Kirkup, News of the World  berasa bangga dalam mencetuskan skandal dan keterujaan dalam liputannya.  Rencana utama akhbar itu adalah sensasi Victorian klasik, kisah mengerikan tentang ahli kimia wanita yang dirogol dan dicampakkan ke dalam Thames.  Beliau memetik George Orwell yang menjelaskan petang Ahad idaman itu dengan membaca News of the World pada tahun 1946 Satu dekad kemudian, akhbar itu dijual sembilan juta naskhah setiap minggu, menjadikannya akhbar yang mempunyai jualan terbesr di dunia berbahasa Inggeris.  Pada tahu 1969, akhbar itu dibeli oleh Rupert Murdoch.

Memulakan penulisannya dengan memetik George Orwell itu, Anne Applebaum yang menulis dalam Slate mengakui bahawa beliau bukan orang pertama berbuat demikian pada minggu, dan tidak hairan:  George Orwell hyang menggubah esei pendek yang lucu pada tahun 1946, menempatkan News of the World yang kini ditutup dalam konteks sejarah dan budaya kerana tiada orang lain mampu melakukannya.  "Para pembaca tabloid British banyak menghabiskan petang Ahad dengan cara itu dalam dekad-dekad sebelum Orwell menulis  perkataan itu.  Mereka sentiasa melakukannya sejak itu."




Anne mengakui bahawa dalam beberapa hari akan datang, banyak cerdik pandai akan meratapi kemerosotan akhbar, peningkatan sensasionalisme, dan komersialisme yang menjadi-jadi yang membawa pemberita News of the World menggodam akaun pesanan suara telefon murid perempuan yang dibunuh, selebriti yang bercerai, dan ibu bapa yang tidak puas hati.  Akan tetapi, dari segi kebenaran, tiada apa-apa yang baru tentang mana-mana hal ini.  Meskipun teknologi berubah, amalan yang menjadi perbicangan, iaitu membayar polis untuk mendapatkan cerita; menggunakan helah untuk mendapatkan maklumat peribadi; penganiayaan selebriti, ahli politik, atau mangsa keganasan  dalam dunia tabloid adalah terlalu lama.  Pastinya, mereka wujud sebelum Orwell.


Menulis sehari selepas News of the World ditutup Christopher Hitchens juga memetik George Orwell:  "Rakan sekerja saya, Anne Applebaum menegaskan dalam keluaran lain dalam Slate, dalam eseinya, "Decline of the English  Murder,"  George Orwell benar-benar mengetahui bagaimana untuk menentukan adegan untuk lamunan untuk menyeronokkan tentang kekejaman manusia."  Memetik jawapan Orwell, "biasanya, tentang pembununuhan," Hitchens menjelaskan jawapan ini memang berbeza daripada keutamaan untuk lencongan seksual Evelyn Waugh.  "Dan anda mungkin akan sedar bahawa kedua-kedua orang pengarang, atau watak mereka, adalah secara sedar 'menyesakannya' dengan mengambil akhbar yang bertujuan untuk unsur kurang terpelajar golongan proletariat."  


Akan tetapi, untuk berdekad-dekad, tambah Hitchens, "bahkan, sejak memasuki zaman Victorian pertengahan, News of the the World merupakan formula menang untuk penggamaran jenayah dan keadaan kotor dan maksiat."  Beliau menjelaskan kegemilangan formula tersebut terletak pada kepura-puraan yang mengagumkan dan dianggap penting; biasanya dua jenis yang berbeza kepura-puraan yang mengagumkan dan dianggap penting.  Pertama, berita sedih kelemahan manusia bukannya berbegol dengan taktik yang mengerikan dan sensasi.  Berita itu disediakan lebih dalam bentuk kesedihan berbanding dengan kemarahan, diterbitkan pada hari Sabat yang masih penuh kuasa undang-undang dan moral, dan berusaha menunjukkan bagaimana mudahnya jatuh daripada keanggunan.  Kedua, dan mengikut, pemberita dan editornya mengambil nada moral yang sangat tinggi.  Mereka akan menyiasat rumah pelacuran, misalnya, hanya setakat ini.  Sebaik-baik sahaja titik pasti keterlibatan dicapai, maka akan muncul ungkapan yang diraikan kedua-duanya, iaitu dalam percetakan dan mahkamah. "Pada tahap ini," jelas Hitchens, pemberita akan secara berlagu dengan bersungguh-sungguh, "saya mencari alasan dan pergi."  Darjah pemisahan ini difikirkan penting untuk kelakuan tertentu perniagaan.


George Orwell berbangga bagaimana kata-katanya diputarbelitkan, tulis Michael Deacon dalam The Telegraph.  Alasan utama News of the World ditutup adalah tuduhan bahawa akhbar itu menggodam telefon mangsa pembunuhan, barangkali demi memuaskan gelojoh untuk cerita  yang mengerikan yang Orwell tanggapi pada para pembaca akhbar ini. "Di sini perkara aneh.  Pada halaman belakang edisi akhirnya, The News  of the World  menerbitkan ungkapan petikan pendek daripada George Orwell yang beliau gambarkan petang Ahad yang mempesonakan"   - saat-saat kematian pun akhbar ini masih mengingati beliau.


Apabila editor memendekkan petikan itu, Deacon mengemukakan dua sebab. pertama, mungkin kerana alasan ruang; atau mungkin dia berasakan para pembacanya akan kurang tertarik pada sokongan Orwell yang mereka boleh baca seterusnya.  Beliau juga cuba menjelaskan  petikan  "biasanya, tentang pembunuhan"  dan pilihan menarik sokongan  Orwell, kemudian menjadi alasan utama akhbar itu ditutup.


Margaret Drabble yang menulis dalam The Independent  juga tidak mahu ketinggalan untuk membangkitkan Orwell  dalam tulisannya seminggu lalu, "Now We Have the Chance to Purge Ourselves of Insidious Shame" - tatkala Murdoch  bertungkus-lumus menyelamatkan empayar medianya dan David Cameron terpaksa menyelamatkan  masa depan politiknya. Ciri yang paling menghairankan tentang peristiwa yang paling menghairankan pada minggu lalu,  mengejutkan, memeranjatkan, dinyatakan dengan rasa jijik oleh banyak orang dalam kehidupan awam, semuanya tahu dengan  sangat sempurna apa yang berlaku sejak bertahun-tahun di bawah perintah Murdoch.  


Kemudian, Margaret  pergi kepada Orwell:  "George Orwell, seorang yang hebat dan paling serius dalam kalangan wartawan British, tidak memandang rendah budaya popular.  Beliau memahami kecintaan kita terhadap pembunuhan yang baik dan perasaan kita terhadap The Beano dan  poskad biadab.  Akan tetapi, beliau pastinya terkejut oleh pengkomersialan dan pengecilan akhbar yang menjalar, dan oleh rasuah di peringkat tinggi dibolehkan oleh penumpuan kuasa.


Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama - demikian juga George Orwell.  Tatkala kerajaan Britain dan warga persuratkhabaran bergelut dengan skandal penggodaman telefon yang cukup runcing, kata-kata beliau tentang News of the World sejak lama dahulu dipetik dan dipersegarkan semula.  News of the World berkubur, tetapi  Orwell bangkit dari kuburnya.






















No comments:

Post a Comment